Program Nadi X Kidventure (Kohort 3)

29 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Jun 2025, satu sesi webinar memberi fokus kepada Perancangan Kewangan telah ditayangkakn di NADI Melugu sebagai sebahagian daripada program bimbingan awal kepada usahawan cilik yang berminat untuk memulakan perniagaan sendiri.

Webinar ini bertujuan untuk memperkenalkan asas pengurusan kewangan kepada kanak-kanak dengan pendekatan yang menyeronokkan dan mudah difahami. Antara topik yang disentuh termasuklah kepentingan menabung, perbezaan antara keperluan dan kehendak, serta cara membuat bajet secara asas.

Melalui aktiviti interaktif dan penceritaan yang sesuai dengan usia peserta, kanak-kanak didedahkan kepada nilai tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam menggunakan wang. Diharapkan program ini dapat memupuk celik kewangan sejak usia muda demi membentuk generasi yang lebih bijak mengurus kewangan pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali